Lakukan Jangan Berlengah

. Friday, July 29, 2005
0 comments

Cara terbaik untuk menentukan masa depan kita adalah dengan menciptanya sendiri. Setelah mengetahui apakah misi dan matlamat kita, maka kita harus terus memulakan langkah pertama untuk mencapainya.

Seringkali ramai yang terperangkap dalam tabiat yang menghalang diri sendiri daripada terus maju ke hadapan. Mereka masih terfikir perkara lalu, mencari-cari alasan, berlengah-lengah dan leka dalam dunia sendiri, sedangkan mereka sepatutnya berani mengorak langkah ke hadapan.


Oleh itu, jangan hampakan impian sendiri. Jadikan ia satu kenyataan. Lakukan dengan segera dan jangan berlengah lagi...

Fikirkan Apa yang Sedang Anda Fikirkan

.
0 comments

Pernahkah anda terfikir apa yang sedang anda fikirkan?

Ia sebenarnya adalah perkara paling penting anda boleh lakukan. Sekiranya anda banyak memikirkan perkara-perkara yang negatif; kebimbangan dan ketakutan, kegagalan, ketidakadilan, konflik, kekecewaan, kesedihan... pemikiran yang negatif ini akan membentuk dan menjadi fikiran dalaman anda dan akhirnya keseluruhan hidup anda.

Tetapi sekiranya anda banyak memikirkan perkara-perkara yang positif; impian yang ingin anda capai, kemungkinan-kemungkinan yang bakal diperolehi, projek luar biasa yang ingin anda ceburi, dan penyelesaian kepada masalah-masalah yang anda hadapi... ianya akan mewujudkan lebih banyak peluang yang positif dalam hidup anda.

Abraham Lincoln merumuskan bahawa, "Kebanyakkan manusia akan merasa gembira apabila mindanya gembira." Oleh itu, fikirkan apa yang sepatutnya anda fikirkan dari masa ke semasa.... berfikirlah secara positif.

Berjaya atau Gagal?

. Tuesday, July 19, 2005
0 comments

Kalau anda ingin menyalahkan orang yang paling bertanggung jawab keatas kegagalan anda dalam hidup, maka anda seharusnya menyalahkan diri sendiri?

Kenapa demikian?.. Karena andalah sendiri yang mengambil keputusan untuk gagal. bukan orang atasan anda yang menggalakkan. Bukan anak buah anda yang susah diatur. Bukan isteri anda yang tidak sejalan. Atau bukan suami anda yang tidak memahami. Dan bukan juga teman di pejabat yang menggosipkan anda. Tetapi karena anda sendirilah yang memutuskan, mengambil keputusan dengan penuh kesedaran untuk gagal.

Seorang ahli sukan dari Jepun meraih pingat emas impiannya setelah menari dengan indah di Olympik. Padahal hari sebelumnya, tumitnya retak dan doktor telah mengatakan dia akan cacat seumur hidupnya. Tetapi rasa sakit dikalahkan oleh kemahuan yang kuat untuk mempersembahkan pingat emas bagi negaranya.

Sepasang mahasiswa drop-out memulakan sebuah perusahaan software kecil-kecilan yang sama sekali tidak diperhitungkan akan menjadi besar. Kini Bill Gates dan Tim Allen merupakan dua orang legenda software dunia, padahal hanya dianugerahkan Ijazah High School (SMA).

Seorang veteran perang dunia pertama menawarkan resepi masakan keluarganya kepada lebih daripada seribu orang yang dinilainya dapat memberikan modal untuk mengembangkan restorannya. Seribu orang itu menolaknya. Tapi ia tidak menyerah kalah. Bayangkan bila saat itu Kolonel Sanders memutuskan berhenti pada penolakan yang ke 999, dah tentunya hari ini kita tidak akan mengenal Kentucky Fried Chicken.

Ketika percubaan membuat lampu yang ke sekian ratus gagal, Thomas Alfa Edison berkata pada seorang wartawan,"Saya tidak gagal! Bahkan saya baru saja berhasil menemukan cara ke 879 untuk tidak membuat lampu! "Pantang menyerah..

PESAN MORAL

Kejayaan anda, bukan nasib. Kejayaan adalah sesuatu yang hanya dapat dicapai dengan harta, keringat, air mata dan kadang juga darah.

Pada prinsipnya, tidak ada orang yang gagal. Yang ada hanya orang yang memutuskan untuk berhenti sebelum mencapai kejayaan.

Inspirasi Ku

.
0 comments


Alahai pandainya sicomel bergaya, Inspirasi Posted by Picasa

Over Time

. Monday, July 18, 2005
0 comments

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, sianak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik tidur!.. dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, siayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Siayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, siayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa?? "Jerkah ayahnya lagi.

Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


Moral daripada cite nie...

Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama-sama dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja esok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada dihati kita. . Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang-senang cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan-rakan yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa! suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.....

Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?..untuk insan yang kita sayangi?